Wednesday, September 15, 2010

Melayu tak lagak 'superior' - Soi Lek

Melayu tak lagak superior'


KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pemimpin UMNO tidak pernah mengatakan Melayu lebih ‘superior’ (unggul) daripada masyarakat bukan Melayu di negara ini, sepanjang tempoh pengalaman parti itu bekerjasama dalam Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau menegaskan, isu perkauman itu dibangkitkan oleh ‘golongan minoriti daripada kalangan minoriti’ sebagai taktik pembangkang untuk memburukkan UMNO pada pandangan rakyat majmuk.

Sehubungan itu, katanya, adalah tidak adil untuk mendakwa bahawa pemimpin Melayu tidak berkesudahan memainkan isu ketuanan Melayu.
“Sepanjang pengalaman saya atau MCA bekerjasama dengan UMNO, saya tidak pernah mendengar mana-mana pemimpin UMNO mengatakan bahawa Melayu lebih superior daripada bukan Melayu.


(c) Berita Harian 2010
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai