Emel kiriman Sdr zakaria zaxx kepada kami:
Pernah lihat thriller terbaharu filem Langkasuka sebuah filem Nasional negara Thai?
Filem ini menelan belanja sekitar 20 milion USD..
Sejarah Langkasuka yang dipaparkan adalah berdasarkan kisah benar Thailand dan cerita sejarah tersebut boleh dipercayai kesahihannya kerana Thailand telah mempunyai suatu sistem penulisan yang maju dan lengkap ketika itu dan sejarah tersebut telah tecatat dalam penulisan sejarah negara mereka.. dalam cerita tersebut membuktikan bahawa kerajaan melayu Pahang telah wujud lebih awal daripada kerajaan melayu Melaka.. pada masa tersebut dikisahkan kerajaan Langkasuka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Pahang.
Seperkara lagi pada hemat saya negara China terlebih dahulu menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan Pahang sebelum kerajaan Melaka kerana ianya lebih dekat jika dibandingkan dengan kerajaan Melaka.
Saudara pernah menonton filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara dan M.Nasir?
Saya rasa filem tersebut telah lari dari fakta penceritaan sejarah yang sebenarnya.. justeru itu Sasterawan Negara A.Samad Said mengatakan bahawa beliau tidak faham tentang jalan cerita serta fakta sejarah dari filem tersebut walaupun telah menontonnya berkali2.
Bagi saya adalah suatu yang lucu bila penerbit filem tersebut mangambarkan bahawa kerajaan melayu Melaka tak ubah seperti sebuah perkampungan Orang asli... ( hanya istana Sultan sahaja dibangunkan..). Sedangkan rumah-rumah rakyat Melaka tak ubah seperti pondok menunggu.. tidak adakah di kalangan sejarawan Melayu yg berani tampil ke hadapan mengkritik filem tersebut?
Bukankah filem tersebut menghina sejarah kegemilangan orang-orang Melayu suatu ketika dahulu?
Bukankah pada ketika kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dahulu Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan empayar besar dunia ketika itu seperti negara China, India dan negara-negara di benua Arab..bolehkah saudara terima dengan akal yang sihat bahawa semua empayar-empayar besar tersebut telah menjalankan perdagangan sesama mereka di sebuah perkampungan orang asli (Melaka) seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut?
Bukankah ketika negara China, India dan negara2 Timur Tengah berdagang di Melaka mereka telah membawa segala macam teknologi baik dari segi pertanian, pembuatan dan pembinaan bangunan. Justeru itu bagi saya tidak logik langsung jika penerbit filem tersebut cuba menafikan segala kemajuan serta ketamadunan empayar Melaka ketika itu.
Suatu yang tidak masuk dek akal bilamana negara-negara di Eropah suatu ketika dahulu pernah menggambarkan Melaka sebagai Venice Of The East tetapi dalam masa yang sama warganegara kita sendiri cuba manafikannya di dalam filem tersebut. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Penerangan dan KeKKWa terhadap penghinaan tersebut? Mengapa kita merosakkan segala sejarah bangsa kita.. sudahlah sejarah pejuang-pejuang kemerdekaan negara cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik kepartian mereka sehinggakan buku-buku sejarah di sekolah-sekolah kita tak ubah seperti buku-buku dongeng semata-mata. Cuba lihat sejarah kemerdekaan negara kita, siapa pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenarnya..?