Monday, September 20, 2010

RAJAMENANGIS DAN BLOG IBNU RUSYDI SALING MEMANTAPKAN PERJUANGAN

RajaMenangis mengesyorkan pelawat turut membaca blog IBNU RUSYDI "MENYUSURI POLITIK MELAYU & MALAYSIA SERTA SEJARAH NUSANTARA YANG TELAH DILUPAKAN". Blog ini adalah sarat dengan kisah-kisah kesultanan yang agak kurang di ketahui oleh orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu kerana ia jarang atau tidak langsung di sebut didalam buku Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang, khasnya kesultanan kecil yang bertapak di daerah daerah Borneo Selatan [Kalimantan Timor] dan juga beberapa kesultanan lain di Sumatera [ selain daripada kesultanan Siak dan Aceh]. Isu tentang konsep 'Raja Melayu' berbanding dengan konsep raja-raja daerah di nusantara adalah isu yang menarik khasnya dari aspek kesucian agama Allah dan adat istiadat istana yang berbeda berbeda walaupun sebenarnya ia berasalah daripada istana-istana lama yang serumpun...

Pada asasnya dan masa terlahirnya Kumpulan Rajamenangis, salah satu tujuan Rajamenangis adalah untuk menjejaki para bangsawan Melayu hari ini yang generasi dahulunya adalah bekas darah atau keturunan raja Melayu yang berdaulat, sehinggalah British mula menstruktur semula pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ekoran daripada perpisahan pulau Singapura dengan Johor tidak kurang juga meninggalkan impak yang menarik pada hari ini, kerana golongan serpihan serpihan berdarah Istana samada dari dalam Singapura atau di tanah Johor [dalam bentuk waris waris keturunan Sultan Hussein dan Sultan Ali yang jelas pernah bernaung-takhta sebagai 'Sultan' di negeri Hang Tuah itu pada tahun 1850an.

Isu sultan yang di rancangkan sebagai sultan yang akan mengisi kekosongan sultan di Melaka adalah salah satu isu Melayu yang paling ketara dalam abad 21 ini dan pihak politik Melayu samada dalam Kerajaan atau sebaliknya perlu meniti isu sensitif ini dengan amat berkhemah - dan bukanlah dengan cara menolak kemungkinan "Melaka bersultan lagi" sebagai isu remeh semata mata.

Jika Inggeris hendak melihat raja bertakhta KEMBALI di Melaka, apakan pula kuasa politik orang Melayu sendiri yang ada pada hari ini?

RajaMenangis menyokong kajian oleh IBNU RUSYDI. Bezanya identiti pengasas IBNU RUSYDI tidaklah di ketahui umum [tidak dipaparkan] dan identitinya tidak jelas di nyatakan - tidak seperti Rajamenangis yang muncul di pelbagai pentas kajian dan debatan intelektual Melayu. Kami sangatlah mengalu ngalukan kehadiran IBNU RUSYDI dalam dunia kajian warisan kesultanan yang semakin pupus dan tidak di maklumi umum.

Bacalah blog IBNU RUSYDI untuk maklumat yang menarik berkaitan sejarah silam nusantara yang lebih hampir dengan semenanjung Tanah Melayu. Kami berharap blogger IBNU RUSYDI sudi berganding minda dan ilmu dengan Kumpulan Rajamenangis bagi memantapkan lagi pendekatan beberapa isu yang dirasakan relevan pada hari ini.

Rajamenangis juga memantau isu-isu perlembagaan dan undang-undang yang menyentuh kedaultan, keistimewaan, prerogatif, kuasa-kuasa dan kedudukan raja-raja Melayu yang sembilan, termasuklah Yang DiPertuan Agung.

Salam perjuangan...
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai