- Kamu mengetahui hak-hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.
- Kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamal isi kandungannya.
- Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.
- Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
- Allah s.w.t memberitau bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata tetapi kamu bersahabat dengannya.
- Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampak ke dalamnya.
- Kamu mengaku kamu suka masuk ke dalam syurga tetapi kamu tidak pernah berusaha membuat amal-amal kebaikan supaya kamu dimasukkan ke dalamnya.
- Setiap hari kamu berusaha menutup aib kamu tetapi dalam masa yang sama kamu tidak bosan-bosan membuka aib orang lain.
Sunday, October 10, 2010
KENAPA DOA TIDAK MAKBUL?
Kata Ibrahim Bin Adham : Doa kamu tertolak kerana hati kamu mati. Hati kamu mati kerana 8 sebab iaitu :