Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Fungsi
Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:
* Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;
* Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa- apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;
* Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
* Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
* Dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut. BACA SELANJUTNYA