Bekas Permaisuri Agong Saman Uncle Seekers
KUALA LUMPUR: Portal berita Utusan Malaysia lewat petang Jumaat melaporkan bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman telah memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai "Uncle Seekers" kerana telah bertindak melanggar maklumat peribadi baginda. Siti Aishah yang bertindak sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang dinamakan sebagai defendan kedua. Menurut Utusan Online, tarikh pendengaran interparte telah ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang. Kata Utusan Online lagi, dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. Beberapa portal berita sebelum ini telah memetik laman blog Syed Abdullah yang memaparkan coretan peribadinya berhubung hubungan "cintanya" dengan Siti Aishah sejak beberapa bulan lalu. Syed Abdullah juga turut memuatkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Siti Aishah dan dirinya dalam keadaan yang sangat intim malah beliau berjanji untuk mendedahkan dengan lebih lanjut perhubungan "cintanya" dengan bekas Permaisuri Agung itu...
Sumber (c) http://mstar.com.my
Sumber (c) http://mstar.com.my