Tuesday, December 7, 2010

KETUA AGAMA ISLAM BERPESAN DI AWAL MUHARRAM

Umat Islam diseru pupuk semangat perpaduan

PUTRAJAYA 7 Dis. - Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam agar mempertahan dan memupuk semangat perpaduan, kasih sayang serta toleransi kaum sebagaimana yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah Rasulullah.

Seri Paduka bertitah, perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini, jangan diruntuhkan kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri. “Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama.

“Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah. “Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita,” titah Seri Paduka.



Sumber (c) Utusan Malaysia 2010

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai