Friday, January 14, 2011

TITAH DYMM YG DIPERTUAN BESAR N SEMBILAN

SERI MENANTI – 14 Jan – DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam titah hari Keputeraan baginda yang ke 63 tahun hari ini mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan kerana telah berjaya memimpin kerajaan serta telah menyempurnakan projek di dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang lalu.

Besar juga harapan baginda agar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bermula pada tahun ini akan melonjakkan lagi prestasi serta merancakkan pembangunan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

Baginda yakin dengan program yang di laksanakan , kerajaan akan membuktikan bahawa segala perancangan dan program penagihan ekonomi yang seimbang dapat di laksanakan , tanpa keciciran semua lapisan rakyat.

Baginda juga mahukan semua golongan dan lapisan masyarakat untuk terus berpadu dan mengekalkan keharmonian serta saling hormat menghormati. Baginda juga berharap agar semua masyarakat , meletakkan kepentingan umum melebihi kepentingan sendiri dalam memperjuangkan sesuatu isu demi menjaga keharmonian serta sensitiviti dalam masyarakat.

Baginda juga mengucapkan tahniah kepada penerima penerima darjah kebesaran serta pingat sempena Keputeraan baginda dan mengingatkan agar penerima penerima darjah kebesaran agar sentiasa menjaga tingkah laku serta menjadi contoh kepada masyarakat.

Majlis istiadat penganugerahan bintang kebesaran sempena hari Keputeraan DYMM yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 63 ini telah diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada jam 10 pagi tadi.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai