KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, Seri Paduka memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Seri Paduka sehubungan itu menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
Titah Seri Paduka, kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. BACA SELANJUTNYA