Thursday, June 30, 2011

Silat Gayong pecat ahli jika sertai Bersih 2.0

KUALA LUMPUR 14 Jun – Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) melarang ahlinya terlibat secara langsung dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada 9 Julai ini.

Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, jika ada antara ahli pertubuhan itu terlibat dalam perhimpunan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk menggugurkan keahlian mereka.

“Kami (PSSGM) tidak akan memberi peluang kepada mereka yang melibatkan diri dalam perhimpunan Bersih untuk kembali dalam persatuan ini.

“Ahli PSSGM tidak pernah diasuh menjadi seorang yang biadab dan khianat terhadap negara dan bangsa, terutama kepada raja berdaulat,” katanya pada sidang akhbar bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih di sini hari ini.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai