Wednesday, September 8, 2010

Artikel 153 ada asal usulnya: Dr Abdul Rani

Artikel 153 adalah suatu pengendosan akan hak Melayu sebelum wujudnya Persekutuan Malaysia kerana orang-orang Melayu sudahpun merupakan rakyat Yang diPertuan Negeri (iaitu Sultan) masing-masing. Keistimewaan itu sudah pun wujud dan artikel 153 mempertahankan hak tersebut bagi orang melayu dan natif-natif tanpa mengetepikan hak legitimate kaum yang lain yang bebas berniaga dan sebagainya. Persoalan ekuiti 30% itu adalah minimum benchmark bukannya maximum benchmark. Bahawasanya Penjaga keistimewaan orang melayu dan natif-natif termasuk hak legitimate kaum yang lain adalah YDPAgung dan bukannya mana-mana parti politik, parlimen dan sebagainya.

Bagi memahami artikel 153, perbincangan suruhanjaya Reid tidak boleh dijadikan suatu kayu pengukur yang kuat akan skopnya kerana dalam perbincangan apapun boleh dibincang namun penghujungnya tetap sekadar pandangan bukannya ketetapan. Artikel 153 hendaklah dilihat dengan memahami sejarah orang Melayu dan Negeri-negeri Tanah Melayu itu sendiri. Sejarah lebih mengikat berbanding Reid commission.

Laksamana Hang Tuah ada menyebut "Tidak Melayu Hilang diDunia". Apa yang disebut beliau kini diendoskan didalam artikel 153 perlembagaan Malaysia. Kasyaf Hang Tuah ternyata betul 500 tahun kemudian dan adalah bukti keunggulannya dulu kini dan selamanya. al fatihah pada Hang Tuah.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Tuesday, September 7, 2010

PENGASAS RAJAMENANGIS DI AIDILFITRI


Usiaku takkan kembali
Rautku semakin pudar
Dayaku kini terbatas...
Namun anih Kecintaanku lebar
kemaafan ku pantas
keampunanku mudah...
Dan semua
Dan segala
Dan setiap
Dan sebesar
Dan sekecil
perbuatan lagi ucapan,
bisikan lagi niat,
Termaaflah oleh ku
Sempena bulan Mulia
Bulan sesyahdu Aidilfitri
Bulan restu Ilahi Atas korban hambanya
Maaf Zahir dan Batin


Shali--RAJAMENANGIS

PENASIHAT & PENGASAS RAJAMENANGIS 'ZAI' DI AIDILFITRI

Manisnya Takbir bergema lagi...
apakah yang lebih syahdu
dihati mu, di hatiku
keriangan dalam keredhaan
titisan dalam kesungguhan
secebis gelora ramadhan
setitis kemanisan raya

Kau dalam zikirku
kebesaran Mu menyerlah
Aku menyendiri di sejadah
Mencantikkan doaku kepadaMu
Wahai Tuhan ku
Redha lah kehidupanku

Syawal menjelma lagi...
wajah wajah kurus
gembira dan berduka
mencari ajaib keimanan
membersihkan segumpal hati,
Mengakui kekhilafan
Oh Tuhan, janjikanlah aku impian.

di noktah Ramadan
ku kirimkan sedekah Al-Fatihah
buat Ayah yang ku kasihi selamanya
Dalam mahligai pusara
Kau di lewati
Dan dibasahi air wangian
percikkan dariku di dunia fana
ku titip doa buat bonda tercinta
Kau penanti cinta segala
dan seluruh umat di mana jua
di hari kesyukuran ini
SALAM AIDIL FITRI

--Norzailina Rajamenangis--

Zai | 29 Ramadan 1431 | 07092010

JANGAN PERSOAL KONTRAK SOSIAL

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kontrak sosial di antara kaum.

Perdana Menteri juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan diri daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.
Beliau menegaskan perkara itu merupakan aspek penting dalam menjiwai gagasan 1Malaysia dan dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.

Najib yakin jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.
''Kita semua selalu sebut tonggak negara ini adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dan ini akan terancam kalau kita tidak dapat menguruskan perhubungan kaum dengan begitu baik. ''Sebab itu gagasan 1Malaysia amat perlu difahami, dihayati serta diamalkan dan sehubungan itu saya harap para penjawat awam dapat menjiwai konsep 1Malaysia dalam apa saja perkara yang kita lakukan," katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini hari ini.
Beliau menjelaskan memelihara perhubungan antara kaum merupakan salah satu aspek pengurusan politik yang perlu dititikberatkan oleh anggota pentadbiran dan penjawat awam.

''Ingatlah bahawa menjadi tanggungjawab kita memelihara negara untuk anak-anak dan cucu-cucu kita, jangan yang elok menjadi retak dan jangan yang sudah bersambung menjadi putus. Dalam menyambut Aidilfitri dengan konsep rumah terbuka yang unik di Malaysia, kita bukan sahaja hendak 'membuka' rumah tetapi lebih penting membuka hati dan minda kita," katanya.

Putrajaya | 6 Sept 2010 | pengarang@utusan.com.my

Monday, September 6, 2010

CD SAJAK ALAM TINGGI - HARGA RM25 SENASKAH

Aku hanyalah pantai
yang berubah tidak menentu
sepanjang waktu
dipukul ombak yang lalu
(Engkaulah Ombaknya)

Aku hanyalah layang-layang
terbang tinggi ke sana ke mari
dengan tali di hujung jari
(Tali itu di TanganMu)

Aku hanyalah pelakon
berbagai dimensi
terkadang dipuji, terkadang dicaci
hanya menurut skrip diberi
(Engkaulah Pengarahnya)

Aku hanyalah mayat
terbaring kaku
yang hilang rasa malu
menyerah tubuh untuk dimandi
(Engkaulah Pemandinya)

Makkah Al Mukarramah | 17 Mei 1995 | Ana Faqir

KUMPULAN RAJAMENANGIS dengan sukacitanya ingin mengketengahkan koleksi Album Metafizika yang dihasilkan atas tujuan untuk mengajak khalayak mengenali falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang di luar dugaan, dari alam biasa atau yang tak kelihatan. Umpamanya Zat Ilahi yang Maha Agung dan perjalanan diri menuju kepadaNya.

Terdapat 13 Puisi & Lagu "Kembali Ke Asal Mu" yang pasti meruntun rasa, menyentuh sanubari dan memberi keinsafan yang mendalam. Setiap satu berharga RM25 tidak termasuk belanja pos. Antara pendeklamator : Ana Faqir, Prof Emeritus Dato' Shahnon Ahmad, Dr Rahimah Hamid dan lagu oleh Ito Muhamad (Blues Gang).


Saturday, September 4, 2010

RAJAMENANGIS MENJEJAKI PEWARIS SULTAN HUSSEIN

MAKAM DYMM SULTAN HUSSEIN DI MELAKA

Berbuka puasa 3 September 2010: Rajamenangis sukacita dapat menjejaki, bersua dan berbuka puasa bersama-sama dengan dua pewaris yang dikatakan keturunan sah Almarhum Sultan Hussein dan Sultan Ali di Kuala Lumpur. Kedua-duanya kacak dan tampan, sederhana dalam gerak mereka, berbudi-bahasa dan bijak berbicara. Seorang tidak asing lagi dari negeri Temasik Singapura dan seorang lagi dari negeri Johor. Seorang berpangkat 'Engku'. Manakala seorang lagi, 'Tengku'. Kejadian perjumpaan ini pelik dan ajaib kerana kedua-dua mereka "bertembung dengan Rajamenangis" di meja berbuka puasa tanpa dirancangkan begitu...Allah jua yang menggabungkan kami pada bulan Ramadhan Al-Mubarak tanpa dirancangkan sedemikian...

Cerita ini akan dipaparkan di dalam ruangan khas Rajamenangis pada satu masa nanti, untuk dihayati bersama, dikaji dan didalami falsafahnya...

Thursday, September 2, 2010

SULTAN SELANGOR GANTUNG PINGAT KURNIA

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, digantung.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Ramli Mahmud, berkata baginda juga menitahkan darjah kebesaran negeri dikurniakan kepada bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Phang Oi Chooi atau O C Phang, turut digantung.

Tindakan itu diambil selepas Liong Sik dan Phang dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). “Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas selepas mempertimbangkan bahawa kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka ini adalah kesalahan serius membabitkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata, keputusan penggantungan itu dibuat selepas Dewan Diraja Selangor bersidang pada 19 Ogos lalu. Ramli berkata, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran bagi Liong Sik dan Phang akan disemak semula selepas mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan. Liong Sik dan Phang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada Ling pada 1992, manakala Darjah Kebesaran Datuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang membawa gelaran ‘Datin Paduka’ dikurniakan kepada Phang pada 2001.

Shah Alam | 2 Sep 2010 | www.bharian.com.my

Tuesday, August 31, 2010

KETUANAN MAT SALLEH DI USA, BOLEH PULAK?


Glenn Beck's Rally to 'Restore Honor' Gathers Half a Million Americans, Makes History

The crowd easily exceeded 500,000 people

On Saturday, August 28, 2010, a massive crowd of people gathered in Washington, D.C. for a "Restoring Honor" Rally. The Rally was called by Glenn Beck, who has captured the heart of many Americans and raised the ire of some in the main stream media.

The pundits who condescendingly sought to marginalize the event for weeks before it happened - going so far as to attempt to paint it with allegations of racism - should have been ashamed. The stage was filled with men and women of color, who, with the raucous support of the hundreds of thousands gathered, affirmed our solidarity as Americans. Dr. Alveda King reminded the crowd that we are 'united by blood as one race, the human race.'

The pundits who condescendingly sought to marginalize the event for weeks before it happened - going so far as to attempt to paint it with allegations of racism - should have been ashamed . On Saturday, August 28, 2010, a crystal clear, sunny day in Washington D.C. a massive crowd of people gathered for a "Restoring Honor" Rally. The Rally was called by Glenn Beck, the popular radio and television personality who has captured the heart of many Americans and raised the ire of some in the main stream media.

The sheer numbers demonstrated that the rally had support well beyond the persistent efforts by some in the media to marginalize it as a "tea party" event. Of course, in their condescension these same people used that term in a disparaging manner. The crowd easily exceeded 500,000 people. The event stage was set up at the base of the steps of the Lincoln Memorial. However, the massive crowd stretched along the Lincoln Memorial, on both sides of the reflective pond stretching all the way to the Washington Monument.

The address given by Dr. Alveda King, the niece of Dr. Martin Luther King, secured this heroic and inspiring woman's place in American history. This is the 47th anniversary of her uncle, the late, great Christian minister and human rights hero, Dr Martin Luther Kings' famous "I Have a Dream" Speech. He would have been proud of his niece. She is an heir of his legacy and certainly has his extraordinary gift for prophetic rhetoric which can rouse the heart of a Nation.

This was a masterful and inspired speech, given on the day when the Nation honors one of our greatest Americans. Dr Alveda King candidly and honestly declared that "our material gains seem to be going the way of our moral losses" but then insisted "We are Not without Hope!". She referenced the iconic words of her uncle, adding "I Still Have a Dream". She roused the crowd and called the Nation to unity through the restoration of the guiding principles which inspired her uncle's heroic life and death and informed the American experiment.

The pundits who condescendingly sought to marginalize the event for weeks before it happened - going so far as to attempt to paint it with allegations of racism - should have been ashamed. The stage was filled with men and women of color, who, with the raucous support of the hundreds of thousands gathered, affirmed our solidarity as Americans. Dr. Alveda King reminded the crowd that we are " united by blood as one race, the human race."

He invited the crowd to continue the "unfinished work" which Abraham Lincoln referred to in his Gettysburg Address, telling those gathered to make a choice for the future. He proclaimed it is "...what we do from here that matters. This is the point of choice!" His final historical reference was to John Newton; the Captain of a Slave ship in the 1700's who in the midst of a threatening storm at sea turned to God and was dramatically converted. He reformed his life and wrote the Hymn Amazing Grace, which Beck called the best song ever written for bagpipes. At that moment, bagpipers emerged and the melody of that song began.

As the platform filled with 240 religious the crowd began to sing the hymn, led by an unidentified but gifted man whose beautiful voice enhanced the emotion laden moment. With a prayer led by a heroic man who overcame great obstacles in his own life, the whole point of the day was again underscored and the official part of the Rally to Restore Honor came to a conclusion.

Clearly, Glenn Beck's dreams for a Rally which could "restart the heart of America" exceeded all expectations. Even the Press, which for days leading up to the event had minimized, mocked and trivialized the event, immediately began to acknowledge its massive size and possible significance. Then, they quickly regrouped and the punditry began all over again. I imagine the implications of the event will be fodder for much pontificating for weeks. However, any honest reporter must admit that this was clearly an historic event.


Racism accusations fly on eve of Glenn Beck rally
http://www.msnbc.msn.com/id/38886759/ns/politics/

Glenn Beck regrets calling Obama a ‘racist’
http://news.yahoo.com/s/yblog_upshot/20100829/pl_yblog_upshot/glenn-beck-regrets-calling-obama-a-racist

Is Glenn Beck's Restoring Honor Rally Racist, or Just Free Speech? http://www.blogher.com/glenn-becks-restoring-honor-rally-racist-or-just-free-speech

Lefties Unhappy Glenn Beck Rally ‘Wasn’t Racist’
http://www.fontcraft.com/liberty/?p=27391


Glenn Beck rally sparks racism debate
http://www.metronews.ca/toronto/world/article/611975--glenn-beck-rally-sparks-racism-debate


Sumber

http://www.catholic.org/national/national_story.php?id=38033

http://news.yahoo.com/s/yblog_upshot/20100830/cm_yblog_upshot/glenn-beck-rally-sparks-debate-over-crowd-size



PERUTUSAN KHAS HARI KEBANGSAAN

KUMPULAN RAJAMENANGIS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 kepada seluruh warga Malaysia yang tercinta.

Semoga semangat kebangsaan yang telah sekian lama dipupuk menjadi teras kepada kejayaan kita menuju masa hadapan yang gemilang. Dugaan datang dan pergi tetapi semangat jatidiri dalam setiap warga yang cintakan keamanan dan kemakmuran mudah-mudahan kekal abadi.

Marilah terus menghayati Rukun Negara sebagai tonggak ke arah perpaduan yang lebih jitu:
* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

Jangan Jatuhkan Maruah Ummah

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca. Keadaan itu berlaku titah baginda, akibat pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah.

Raja Dr. Nazrin bertitah, pemimpin sedemikian mungkin menyimpang daripada prinsip asas Islam yang sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah kerana merelakan agamanya dicemari dan umatnya dihina. Mengambil contoh penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, titah baginda, ia bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam itu sendiri.

“Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa. “Ia bermula daripada pencerobohan kecil dan jika ketika itu orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah, mereka sebenarnya memberi petanda yang salah seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Peringkat Negeri Perak serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di sini, hari ini. Dalam perkembangan sama, baginda meminta umat Islam supaya sedar, insaf serta wajib mengambil pengajaran sebelum “nasi menjadi bubur” kerana tiada pihak lain akan bersimpati jika mereka jatuh dan menjadi lemah.

“Masa depan dan penentuan nasib umat Islam berada di tangan mereka sendiri. Selagi kekal bersatu dan teguh berpadu, tidak ada pihak boleh meruntuh atau menjatuhkannya,” titah baginda. Sementara itu, baginda bertitah, pemimpin wajib mengambil ingatan dan insaf bahawa selagi terdapat kumpulan fakir miskin di dalam negara, mereka masih menghadapi cabaran dan tanggung jawab besar untuk memastikan pengagihan sumber kekayaan negara berlaku secara adil dan saksama.

Malah tegas baginda, kewujudan fakir miskin harus menginsafkan warga yang hidup senang dan mendapat banyak nikmat serta kemudahan untuk tidak bersifat tamak, bernafsu membolot seluruh kekayaan tanpa menghiraukan penderitaan golongan miskin dan susah. Baginda menyifatkan usaha membantu fakir miskin dan membasmi kemiskinan adalah jihad yang perlu diberi keutamaan pihak terbabit.

Ipoh | 30 Ogos 2010 | utusanperak@utusan.com.my
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai