Suatu masa Rasulullah s.a.w. pernah menyoal iblis, katanya: "Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dari umatku?" Jawab iblis: "Lima belas orang iaitu:"
1. Anda sendiri, wahai Muhammad.
2. Kepala negara (Imam) yang adil.
3. Orang kaya yang rendah hati.
4. Pedagang yang jujur.
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk.
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
7. Orang beriman yang pengasih.
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu.
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram.
10. Orang beriman sentiasa berwuduk.
11. Orang beriman banyak bersedekah.
12. Orang beriman yang berakhlak mulia.
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang-ramai.
14. Orang yang mengamalkan dan terus-menerus membaca Al-Quran.
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur.
Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?" Jawab iblis: "Sepuluh iaitu:"
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang tidak jujur.
4. Peminum arak.
5. Penghasut/pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan.
6. Orang beramal kerana ingin nama.
7. Orang yang makan harta anak yatim.
8. Orang yang mempermudahkan solat.
9. Orang yang tidak mahu berzakat.
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun/berangan-angan)