Monday, August 31, 2009

KENYATAAN RAJAMENANGIS DAN PROTES KEPALA LEMBU

PROTES KEPALA LEMBU DAN KENYATAAN RAJAMENANGIS

Kumpulan RajaMenangis ralat dan kesal diatas perbuatan sekumpulan orang-orang Melayu di Seksyen 23 di Shah Alam baru-baru ini yang dikatakan telah mengheret kepala seekor lembu yang telah di sembelih dalam aksi memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di Shah Alam.

Rajamenangis bersetuju bahawa tindakan mereka itu boleh membawa salah faham, rasa sedih dan juga marah kaum India yang beragama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci. Rakyat kaum Indian yang beragama Hindu juga adalah rakan bangsa negara, seperti kaum Cina yang bersama menperjuangkan kemerdekaan negara bersama-sama dengan pemimpin Melayu dan ketiga-tiga kaum teras ini bertekad memulakan hidup baru di Tanah Melayu ketika itu.

Tindakan mereka itu boleh mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Melayu dan penganut Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang kurang sihat.

Namun demikian, Rajamenangis meminta dan mencadangkan agar kumpulan tersebut dengan jujur meminta maaf dengan sejelas-jelasnya kepada kaum India beragama Hindu dan seterusnya menghadiahkan 10 ekor lembu kepada kuil Hindu berdekatan atau badan amal Hindu yang terdekat sebagai satu tanda rekonsiliasi, mengakui kesilapan mereka dan sebagai satu tanda kesal yang mendalam, kerana ini adalah hal yang sangat sensitif. Itupun jika di persetujui oleh kaum Hindu disana.

Rajamenangis tidaklah meminta hal ini di panjangkan oleh Polis SEKIRANYA kumpulan tersebut membuat apa yang dicadangkan diatas, dengan syarat ia di terima oleh kaum Hindu dengan cara yang baik. Terdapat juga kes dimana kepala Babi telah di letakkan di surau, tempat suci orang-orang Melayu-Islam, tetapi hal ini nampaknya masih belum juga di selesaikan oleh Polis dan tidak pula mendapat guruh-amok orang Melayu yang dahsyat secara amnya. Keadaan Alhamdullilah pulih dan kita teruskan kehidupan bersama dengan tekad yang lebih baik.

Kaum India dan Cina tetap menjadi rakan seperjuangan orang-orang Melayu bagi membuahkan satu negara bangsa majmuk yang berdaulat dan berjaya di dunia.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai