
Selain ianya dibuka kepada umat Islam untuk sembahyang, pelawat juga dibenarkan untuk melihat senibina masjid dan sebagai tempat untuk berehat kerana disediakan tempat khas di ruangan bawah masjid. Kewujudan Masjid Cina pertama di Malaysia ini telah menarik ramai pelancong tempatan dan juga dari Selatan Thailand.
Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, idea penubuhan masjid berseni bina Cina ini telah diutarakan sejak Macma ditubuhkan pada 1994. Namun, hasrat ini mula disuarakan pada 1996 dan menjadi semakin berkumandang pada 2000 hingga sekarang.
