Tuesday, December 8, 2009

EKSKLUSIF :AGENDA BESAR AMBIL ALIH MALAYSIA

SATU ANALISIS POLITIK TERKINI

Para pemikir Cina sudah mula berbincang mengenai kemungkinan mengambilalih pentadbiran negara ini melalui Pakatan Rakyat tanpa mendapat lebih 50% undi Melayu. Dalam perbincangan itu, pengkaji politik, Wong Chin Huat telah membuat perkiraan berikut:



Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.
Mereka sedar bahawa untuk dapat lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, mereka perlu beralah kepada tuntutan Melayu. Ini jelas mereka enggan. Editor edisi Cina Malaysiakini.com, Yong Kai Ping menyebut sistem yang ada sebagai sistem "negara Melayu" menunjukan ketidak selesaan kaum Cina cauvanis untuk memperakui warisan kesinambungan sejarah Melayu dan kaum Bumiputera. Mereka menerima hakikat susah untuk Pakatan Rakyat melawan UMNO dalam perbincangan mengenai Melayu.

Disamping itu, UMNO perlu menguatkan kepercayaan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN kepimpinan UMNO. Sebarang kecurigaan hingga anggapan hak mereka telah dianaktiri perlu diperbetulkan.

Kerajaan sekarang dilihat berlebihan untuk mengambil hati pengundi kaum Cina dan India.

Ada anggapan di kalangan orang Melayu bahawa kerajaan telah mula tidak membela Melayu dan Bumiputera.



Sumber:http://theunspinners.blogspot.com/

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai