Monday, January 11, 2010

PUISI PEJUANG (versi Bahasa Melayu)

Sos untuk angsa betina samalah untuk angsa jantan,
Kenapa termangu tak tahu, rimas dan pelik?
Sekali lagi kau mengambil tanpa persetujuan,
Bagaimana kau rasa, berlagak penuh kepura-puraan?

Sungai Nil putih dan Indus coklat,
Jika seorang boleh membenci yang lain berwajah kelat,
Manusia hanyalah badut semata-mata,
Sekira kesedarannya tiada lagi terpahat.

Empayar datang, empayar pun pergi,
Sifat kemanusiaan yang baik tetap dihormati,
Kejahatan datang dan kebaikan akan pergi,
Perjalanan terakhir, apa yang kau dapati?

Perbualan tentang keadilan ku dengar di pasar,
Atau tiada yang berani dek kerana gementar,
Namun apakah keadilan, tuan yang sebenar,
Adalah merampas bila kami tak sedar!

Kau dan aku berjalan ke sana,
Di pondok (istana) kita curi kebesaran lama,
Kau hakim dan aku jadi perangkapnya,
Alangkah malang bagi yang jadi mangsa!

Kita marahkan Nazi kerana hina perbuatan,
Dan menuduh yang lain wajar terima balasan,
Kerana tak hormati yang suci dan berkekalan,
Dan sikap mereka tak berperikemanusiaan!

Aku tak mampu menepis pendapatmu,
Atau kau juga, kerana kejujuran pandanganku,
Tapi dalam permainan yang diberi nama Malayan Union,
Yang kuat pasti memperlekeh yang lesu.

Ah! Bila yang lemah diikat dengan tali,
Di panas terik, haus dan kering bersendiri,
Pemenang bersorak dan bermegah sekali,
Dilonjak di bahu, pulang ke rumah diiringi.

Aku tiada peduli akan semua helahmu,
Ku sedar kelemahanku bisa buatku terkaku,
Biarkanlah mereka bersyarah, minta hak darimu,
Aku hanya akan dipersalahkan dan buat kau ragu!

Biarkan yang mencipta permainan menghabiskan waktu,
Tinggalkan kami dengan kehidupan sebelum perang dulu,
Agar kami yang terjaga tiada rasa bagai dicatu,
Dan pilih permainan yang kami semua setuju.

Andai kau ambil rotinya, tinggalkanlah keraknya,
Jika ambil emas, tinggalkanlah habuknya,
Tapi kau musnahkan kepercayaan bapa kami, kenapa?
Sesungguhnya Tuhan! Pada kau (British), kami percaya.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai