Minuman teh tarik memang digemari kebanyakan orang... Dan di manakah tempat paling enak untuk menikmati secawan teh tarik selain daripada di (kebanyakan) kedai mamak?
Jadi, apakah rahsianya sehinggakan restoran atau kedai kepunyaan orang lain tidak dapat menyamai teh tarik buatan mamak?
Kami berpeluang mengorek 'rahsia' kedai mamak yang mungkin selama ini, tidak pernah diketahui oleh sesiapa....
Rahsia 1:
Menggunakan hampir 10 jenis daun teh yang berlainan jenis, termasuk 3-4 jenis yang dibawa dari negara asal mereka. Daun teh ini dicampurkan dalam nisbah yang mereka sendiri tahu, dan digunakan apabila menyediakan teh.
Rahsia 2:
Menyediakan segelas air bercampur garam semasa membancuh teh. Sudu yang mereka gunakan untuk mengacau teh itu diletak/dicelup ke dalam air garam setiap kali supaya minuman yang dibuat akan terasa 'masinnya'. Rasa yang seimbang inilah yang akan menyedapkan lagi teh tarik.
Cadangan: Cuba minta teh tarik kaw kurang manis, dan nikmati kelazatannya, tanpa memudaratkan kesihatan...