Wednesday, February 10, 2010

DURBAR RAJA KE 220 BERMULA ESOK: DAULAT TUANKU!

DUHAI RAJA KU Sudah patek himpunkan warqah yang berselerak tapi semuanya disini. Sukar, namun inilah ikhtiar kami. Maka titahkanlah duhai Rajaku agar bergetar lah akan ia, dan kerahkanlah wahai Rajaku, agar akan terbanglah ia. Diamkan, maka akan menangis lah ia.. Itulah pesan patek sekalian. Pesan rimbunan kasih Rajamenangis.

KUALA LUMPUR, 10 Feb 2010 -- Mesyuarat ke-220 Majlis Raja-Raja bermula Rabu dengan dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dihadiri oleh semua Sultan kecuali Kelantan, Pahang, Perlis, Terengganu dan Kedah.

Sultan Kelantan diwakili oleh Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Sultan Pahang diwakili oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja Perlis pula diwakili Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Sultan Terengganu diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud sementara Sultan Kedah diwakili oleh Yang Dipertua Jemaah Pemangku Sultan, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Menteri Besar dan Ketua Menteri turut hadir mengiringi Sultan dan wakil Sultan, kecuali Kelantan yang diwakili oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Sarawak yang diwakili oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Negeri, Datuk Awang Tengah Ali Hasan.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai