Tuesday, July 6, 2010

BUKU TAMADUN MELAYU - PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA



Judul: The Malay Civilization
Penulis: Mohd Arof Ishak
Harga: RM 75.00

Buku ini mengandungi 12 bab yang dimulai dengan pendahuluan, diikuti dengan bab kedua yang membincangkan tentang permulaan tamadun di Asia Tenggara. Bab tiga, empat, dan lima membincangkan tentang bangsa Melayu, tentang tanah tumpah darahnya, dan tentang bahasa yang digunakannya, iaitu bahasa Melayu. Bab enam membincangkan tentang “Reasons for the dispersals”, diikuti bab tujuh dengan judul “Malay presence on the Asian Mainland”. Kualiti Tamadun Melayu dibincangkan dalam bab 9, diikuti Negeri Melayu Moden dan kebudayaan Melayu, dan kesimpulan penulis tentang tamadun Melayu.

Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, yang mana aktivis Kumpulan Rajamenangis adalah ahli, waktu yang amat sesuai sekali ketika banyak orang terkeliru dengan pelbagai dakyah yang memperkecilkan bangsa Melayu sebagai bangsa tuan punya tanah semenanjung ini.

Penulisnya Mohd Arof Ishak lahir pada tahun 1950 di Jelebu, Negeri Sembilan. Memperoleh pendidikan asas di Jelebu sebelum memasuki Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi pada tahun 1967. Pada 1971-1974, Mohd Arof mengikuti pengajian ijazahnya dalam bidang politik di Universiti Reading, England. Selepas pulang dari England, beliau memasuki perkhidmatan awam sehingga selama 30 tahun dalam bergelumang dalam perkhidmatan hal ehwal antarabangsa.

Buku ini adalah sebuah buku yang perlu dibaca kepada mereka yang mahu mengetahui tentang Dunia Melayu atau mereka yang telah dan sedang melalui pengalaman yang luas dalam Dunia Melayu.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai