Wednesday, July 14, 2010

SULTAN BRUNEI KURNIA DARJAH BESAR KEPADA PM


Najib terima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-64.

Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama.

Istiadat penganugerahan darjah itu, yang berlangsung di Istana Nurul Iman di sini, disaksikan permaisuri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Anugerah itu hanya dikurniakan kepada kerabat diraja atau ketua kerajaan berdasarkan hubungan dua hala yang rapat.

Najib dan rombongan kemudian diraikan dalam jamuan tengah hari di istana tersebut. Beliau kemudian berlepas ke Kota Kinabalu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijadual menerima anugerah serupa pada Khamis ini. Seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan pemimpin pertama dari Malaysia yang dikurniakan anugerah itu.

Sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei selama sebulan dijadual bermula Khamis ini.

Beberapa pintu gerbang dihiasi lampu berwarna-warni telah didirikan di sekitar bandar ini.

Radio Televisyen Brunei menyiarkan dokumentari khas berhubung pemerintahan baginda.


(c) BERNAMA

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai