Saturday, August 21, 2010

PENGECUT TIDAK, YANG BENAR KITA ZAHIRKAN

Rajamenangis sentiasa 'moderate' dalam pegangan kami mengenai isu ini. Apabila isu kepala lembu meletus di Shah Alam, kami menyebelahi kaum India dan membantah perlakuan menarik kepala lembu di jalan raya semasa orang-orang Melayu membantah di sana. Kami menyokong usaha mempertahankan hak istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Kami tonjolkan hak Sabah dan Sarawak dibawah perjanjian '20-point' dan '19-point'. Kami ujarkan kesamaan dibawah Perlembagaan Persekutuan.

Cuma ada sedikit saja peruntukan untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan ini dipertahankan oleh undang-undang sebagai simbol terakhir hak orang-orang Melayu. Semenanjung Tanah Melayu ini secara tiba-tiba dibanjiri oleh kaum lain selepas peperangan dunia kedua (ada 2 fasa, pertama era 1850an ke atas dan kedua, selepas Jepun menyerah). Di dalam kedua-dua fasa ini, British membawa masuk kaum-kaum lain untuk bekerja di Tanah Melayu dan tidak sekali-kali mereka adalah warganegara, kerana mereka di sini atas pas kerja, bukan pas warga. Adalah benar dan adalah tepat, kerajaan British secara sekaligus memberikan status warganegara atau taraf kerakyatan kepada pekerja-pekerja luar tadi dan oleh itu, jumlah warga dari China (khasnya) mendadak naik, hampir 50-50!

Dalam tahun 1931 sahaja, ada data British yang menunjukkan kaum bukan melayu melebihi kaum Melayu di Malaya! British sedar hal ini, bukan tidak sedar, LANTAS mekanisma diwujudkan bagi mengelakkan hak orang Melayu terjejas atau terus hilang khasnya hak sultan dan hak tanah orang Melayu serta hak Agama Islam dan adat Melayu yang mungkin pudar akibat kebanjiran budaya luar.

Namun, dalam sebuah negara yang berwawasan, kaum Cina dan India adalah tetap sama rata dengan kaum Melayu di bawah undang-undang dan di bawah Rukun Negara, dan usaha perlu dimantapkan bagi mengukuhkan perasaan kekitaan dalam sebuah negara Malaysia moden tanpa mempersoalkan isu Islam, adat dan Sultan-sultan Melayu dan sedikit hak ekonomi Melayu (dan hak orang Borneo!!) yang tetap mundur dan perlu diawasi oleh YDP Agung.

KAMI TIDAK SYAK LAGI KERANA BEKAS KETUA HAKIM NEGARA YANG DIHORMATI SEMUA ALLAHYARHAM YAA TUN SUFIAN HASHIM SENDIRI TELAH MENGATAKAN HAL INI SECARA TERBUKA DALAM UCAPAN BELIAU DI INDIA.


--Kumpulan RajaMenangis
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai