Sunday, September 19, 2010

Ahli Niaga Disyaki Cuba Beli Gelaran 'Datuk' Daripada Sultan Johor Di Reman SPRM

Ahli Niaga Disyaki Cuba Beli Gelaran 'Datuk' Daripada Sultan Johor Di Reman SPRM


Foto illustrasi Sultan Ibrahim Ismail
Seorang lelaki bertaraf penduduk tetap (PR), yang juga seorang ahli perniagaan dari Singapura, telah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini selepas dia dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, kerana disyaki cuba mendapatkan gelaran 'Datuk' serta projek pembangunan di negeri itu pada malam Aidilfitri lalu, lapor akhbar Metro Ahad semalam.
  • Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lelaki tersebut yang dipercayai menjalankan perniagaan di sini sejak kira-kira 10 tahun lalu datang menghadap Sultan Johor sempena Aidilfitri.
  • Difahamkan, tiba-tiba lelaki berkenaan menyerahkan sebuah beg berisi wang tunai dipercayai berjumlah RM1 juta ($431,900) kepada Sultan Johor itu di pekarangan Istana.
  • Sultan, yang murka dengan perbuatan itu kerana dilihat cuba menghina institusi diraja negeri itu, tidak menerima wang tersebut sebelum lelaki terbabit ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
  • Hingga kini belum dapat dipastikan sama ada wang itu bertujuan membeli gelaran Datuk ataupun mendapatkan projek pembangunan di negeri tersebut.
  • Difahamkan lelaki berkenaan dikatakan mahu menaja kos Rumah Terbuka di Istana Tanjung di sini Jumaat lalu dengan menawarkan wang dipercayai berjumlah RM1 juta itu.
  • Bagaimanapun, lelaki itu disyaki ingin mendapatkan balasan, iaitu sama ada dikurniakan gelaran 'Datuk' atau kelulusan projek di negeri tersebut.
  • Sementara itu, seorang pegawai kanan polis negeri yang enggan dikenali mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurut beliau, kes itu sudah diserahkan kepada SPRM untuk tindakan susulan.
  • 'Kami sudah menerima laporan mengenai kes itu, namun ia diserahkan kepada SPRM sebagai mana diperuntukkan undang-undang,' katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Encik Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi Metro Ahad kelmarin enggan mengesahkan atau menidakkan tangkapan berkenaan dan mengatakan beliau kini bercuti di luar Johor.

Sumber: http://ajinbgagah.blogspot.com/2010/09/ahli-niaga-disyaki-cuba-beli-gelaran.html:
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai