Monday, September 20, 2010

RAJAMENANGIS MENDAPAT FOTO TERBARU WARIS SULTAN HUSSEIN JOHOR DAN TEMENGGUNG SINGAPURA

RAJAMENANGIS
MENDAPAT FOTO TERBARU WARIS SULTAN HUSSEIN JOHOR DAN WARIS TEMENGGONG JOHOR DI SINGAPURA

YM Engku Khairul Azuan (kiri)
bersama YM Tengku Muhammad Shawal Tengku Abdul Aziz.










SEDIKIT LATARBELAKANG KESULTANAN JOHOR/RIAU 1819

Pada tahun 1818, Raffles telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor. Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan. tetapi keadaan politiknya tidak stabil.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussein sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussein. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819 (SUMBER - WIKI).



 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai