Thursday, October 7, 2010

ISTERI LEE KUAN YEW MENINGGAL


Isteri Kuan Yew - Geok Choo meninggal dan diberi pengebumian wirawati

SINGAPURA: Kwa Geok Choo, isteri bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew diberikan pengebumian wirawati semalam selepas diberi penghormatan akhir oleh orang awam.

Mendiang Geok Choo, 89, yang meninggal dunia Sabtu lalu selepas sakit lama dibawa ke tempat pembakaran menggunakan pedati yang biasanya digunakan untuk majlis pengebumian negara dan tentera. “Penghormatan ini untuk memperingati sumbangan unik dan tidak ternilai beliau kepada Singapura lebih lima dekad mulai sebelum kemerdekaan Singapura,” kata satu kenyataan kerajaan.

Mereka menyifatkan Geok Choo sebagai ‘ibu kepada negara’ dalam mesej takziah yang dihantar melalui laman web dan menggesa suaminya berusia 87 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru ketika isterinya meninggal dunia di rumah, menjaga kesihatan beliau.

Kuan Yew menjadi perdana menteri daripada 1959 hingga 1990 sementara Hsien Loong menjadi perdana menteri sejak 2004.
Geok Choo yang pernah menjadi peguam di Singapura, digambarkan dalam media tempatan sebagai wanita contoh yang sering membantu suaminya ketika masa sukar dalam sejarah Singapura.

Beratus-ratus rakyat menunggu di tepi jalan untuk menyaksikan perarakan pengebumian itu sebaik saja ia meninggalkan pintu utama istana semalam ke tempat pembakaran Mandai di utara Singapura. – AFP

RAJAMENANGIS turut meluahkan perasaan sedih kepada ahli keluarga Lee Kuan Yew kerana kehilangan isteri dan ibu tercinta. Kehilangan beliau juga kami pasti turut dirasai dikalangan mereka mereka yang mengetahu dan mendalami sejarah Tanah Melayu dan Singapura.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai