Tuesday, October 26, 2010

Kes Ayahanda Sultan dan Putera Sultan (Keduanya menuntut berkuasa di Istana)

Bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra tidak memiliki kuasa undang-undang untuk mengemukakan persoalan berkaitan undang-undang, termasuk pengertian "His Royal Highness", kepada Mahkamah Persekutuan untuk pengesahan, Mahkamah Persekutuan diberitahu.

Peguam, Tan Sri Cecil Abraham, mewakili Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, menghujahkan bahawa Tuanku Ismail (Sultan mantan) tidak mempunyai kuasa yang diperlukan di bawah Artikel 63 (hak untuk merujuk soal undang-undang) Perlembagaan Kelantan.


"Orang yang berhak hanyalah Tengku Mahkota atau Sultan Kelantan yang ditabalkan sekarang," hujah Cecil di hadapan tiga orang panel pada hari Isnin. Cecil berkata, Mahkamah Tertinggi mesti menyoal sama ada kedua2 individu boleh menggunakan kuasa "His Royal Highness" dalam maksud Perlembagaan Kelantan pada masa yang sama. "Jawapannya adalah tidak,"ujar nya. Cecil mengatakan Sultan Muhammad, ketika itu Tengku Mahkota, menjalankan tugas sebagai Pemangku Sultan kerana Tuanku Ismail tidak berdaya (incapacitation).

Tuanku Ismail menamakan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad) dan Kerajaan Kelantan sebagai responden. Petisyen yang difailkan pada 5 Mei, 22 Jun dan 20 Sept mahu Mahkamah Persekutuan menentukan makna frasa "His Royal Highness" dan keistimewaan fundamental (fundamental liberties) Sultan.


Tuanku Ismail berhasrat meminta pendapat Mahkamah Persekutuan berkenaan kuasa dan autoriti (authority) seorang Tengku Mahkota bila Sultan tidak berdaya (incapacitation). Tuanku Ismail ingin tahu sama ada Tengku Mahkota mempunyai kuasa mengubah Perlembagaan dengan sendiri.

Sumber : thestar.com.my


BERITA BERKAITAN


KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 40 tahun, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, semalam.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini sekitar 12.30 tengah hari semalam.

'Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki Takhta menggantikan Ayahanda Baginda berkuatkuasa hari ini,' kata beliau seperti laporan Bernama.

Datuk Nik Aziz berkata Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim telah bermesyuarat pada 9 pagi semalam di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim, bagi membuat keputusan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, semalam berkata Majlis Perajaan Negeri berpendapat keadaan Tuanku Ismail Petra memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik menjadi Raja bagi menggantikannya mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Datuk Nik Aziz, sebagai mewakili rakyat Kelantan, melafazkan taat setia terhadap Tuanku Muhammad Faris Petra.

Beliau berharap pelantikan itu dapat menyelesaikan kemelut istana yang berlarutan sejak Sultan Kelantan terdahulu, Tuanku Ismail Petra, kurang sihat lebih setahun lalu.

'Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,' kata beliau kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.

Tengku Muhammad Faris menggantikan ayahandanya menerusi satu pindaan kepada perlembagaan negeri Kelantan yang menyatakan Sultan tidak akan lagi menjadi raja jika beliau tidak berdaya memerintah bagi tempoh melebihi satu tahun.

Tuanku Ismail Petra, 60 tahun, diserang angin ahmar pada Mei 2009.

Peguamnya, Encik Rashid Zulkifli, berkata mereka akan mencabar penyingkiran baginda di mahkamah, seperti laporan AFP.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai