Thursday, October 14, 2010

SEKARANG: Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-raja bermula

Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-raja bermula

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berangkat masuk ke bilik mesyuarat untuk menghadiri Mesyuarat Raja-Raja ke-222 di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. Turut berangkat, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin (kanan). - bernama


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Hari pertama mesyuarat ke-222 Majlis Raja-raja dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Negara di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Ini juga merupakan mesyuarat pertama Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan bulan lepas.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing, Yang Dipertua Pulau Pinang dan Melaka oleh Ketua Menteri, manakala Yang Dipertua Sabah dan Sarawak pula diiringi wakil ketua menteri.

Malam ini, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan meraikan semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri dalam satu istiadat santapan malam sempena mesyuarat itu. - BERNAMA

Sumber (c) Utusan


Ed - Pejuang-pejuang Raja, Istana, Islam, Adat Melayu dan Melayu perlu, mesti dan hendaklah diberikan laluan terus untuk mengadap Majlis Raja Raja atau menyembahkan apa jua cadangan, masalah, memoradum, atau cadangan kepada Durbar Raja mereka sekaligus mengurangkan birokrasi Kerajaan dan JPM [dengan proses yang rumit] dalam hubungan dua hala Raja dan Rakyat yang mendaulatkan mereka.


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai