Tuesday, November 23, 2010

Bidang Kuasa Majlis Agama Kelantan

Bidang Kuasa PDF Cetak

Enakmen Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun 1994 menyebut bahawa selain daripada membantu KDYMM Al-Sultan Kelantan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini dan Adat Istiadat Melayu, Majlis merupakan badan induk agama yang tertinggi yang bertujuan mengawal hal ehwal agama islam di negeri ini.

Bidang Kuasa Majlis menurut Enakmen Bilangan 4 1994 antara lain ialah :

  • Sebagai penguasa wasiat, pentadbir pusaka orang islam di negeri ini dan juga sebagai pemegang amanah.
  • Menjalankan urusan kontrak dan mentadbir harta benda yang ada pada atau terletak hak kepada Majlis termasuk memperniagakannya menurut kehendak hukum syarak.
  • Kuasa mengada dan mengurus rumah kebajikan untuk anak yatim dan lain-lain.
  • Merancang dan melaksanakan apa-apa kegiatan bagi tujuan meninggi taraf umat islam.
  • Berusaha ke arah memajukan sosio ekonomi umat Islam di mana Jemaah Ulama' Majlis bertindak selaku penasihat.
  • Kuasa menubuhkan perbadanan-perbadanan untuk menjalan,menjaga,mengelola dan menguruskan sebarang projek skim atau enterprise dengan persetujuan KDYMM Al- Sultan
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai