Tuesday, December 7, 2010

BERITA AWAL DARI RAJAMENANGIS BENAR



Kenyataan Ku Li pandangan peribadi - Pengelola Istana

[Ekoran perlucutan dua pingat darjah kebesaran daripada Ku Li]


KOTA BHARU 7 Dis. - Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan tokoh politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.

Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Saya juga tidak dititahkan untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan (Tengku Razaleigh) itu. Barangkali ia perlu dikaji oleh pakar yang berkaitan undang-undang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan Sultan Muhammad V di sini.

Menurutnya, beliau perlu mendapat titah daripada Sultan sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Bekas Menteri Kewangan itu dalam kenyataan kepada media semalam masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.

[RAJAMENANGIS ingin mengkaji hal ini dari aspek undang-undang dan sejarah istiadat lantikan raja - semua pandangan boleh di emel kepada kami, terima kasih]


Sumber asal (c) 2010 - Bernama

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai