Friday, January 28, 2011

Al-Quran Zaman Saidina Uthman

Saidina Uthman berasal daripada keluarga Umaiyah yang lahir pada tahun 574 dan dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia.

Ketika itu beliau berusia 70 tahun dan memerintah empayar Islam selama 12 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 82 tahun akibat dibunuh.

Pada suatu ketika beliau menjadi kebanggaan suku kaumnya, malah sangat disanjungi, lebih-lebih lagi keluarganya berharta, namun selepas memeluk Islam beliau dicemuh ahli kaumnya yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Tetapi beliau seorang yang berani dan tidak berputus asa, malah selepas mendapat hidayah beliau tidak teragak-agak untuk berada di samping Rasulullah dan perjuangannya, walaupun ramai yang menentang.

Saidina Uthman adalah antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Sidiq dan tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.

Beliau mendapat gelaran Zin Nurain yang bererti memiliki dua cahaya kerana Rasulullah s.a.w mengahwinkannya dengan dua puterinya iaitu Ruqayah dan kemudian dengan Ummu Kalthum selepas Rauqayah meninggal.

Sepanjang pemerintahannya dari tahun pertama hingga keenam, banyak kejayaan diraih. Empayar Islam berkembang hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunia, Maghribi dan Eropah.

Antara jasa khalifah Uthman yang besar ialah penyusunan semula al-Quran dengan sebutan lahjah Arab Quraisy. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.

Rujukan : Abdul Latip Talib,Uthman Affan Pengumpul al-Quran,PTS Litera | www.halaqah.net
Foto : Quran zaman Saidina Osman bin Affan. Tiada titik, baris. Ia berada di Sharjah Muzium,UAE.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai