Saturday, January 22, 2011

Muzium Warisan Akademik UKM

Muzium Warisan Akademik UKM merupakan sebuah lagi mercu tanda baru di kampus bersejarah ini. Penubuhan muzium ini didorong oleh perkembangan pesat, kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang akademik dan pengurusan sejak penubuhan UKM pada 18 Mei 1970.

Setiap hari yang berlalu adalah merupakan rentetan dan memori bagi UKM yang telah berjaya melalui pelbagai cabaran dalam usahanya untuk berdiri gagah sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Kewujudan muzium ini akan memperkasa dan menyemarakkan citra khazanah warisan ilmu, hasil pemikiran, penyelidikan serta inovasi para sarjana dan ilmuan UKM.

Muzium Warisan Akademik juga merupakan kesinambungan usaha kepada Galeri UKM yang terletak diaras dua, Bangunan Canseleri yang telah dirasmikan pada 29 Julai 2000 sempena sambutan 30 Tahun UKM. Galeri tersebut memberi tumpuan kepada sejarah perjuangan dan penubuhan UKM, tetapi Muzium Warisan Akademik pula menonjolkan perkembangan, kejayaan dan kegemilangan UKM pada usia 38 tahun.

Sila klik untuk maklumat lanjut.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai