Friday, January 7, 2011

PERUTUSAN PENGHARGAAN

Dengan rasa sukacitanya, KUMPULAN RAJAMENANGIS ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Datuk Syed Danial Syed Ahmad diatas perlantikan sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja oleh Majlis Raja-raja. Perkhidmatan YBhg Datuk Syed Danial akan bermula esok bersamaan hari Sabtu, 8 Januari 2011.

Beliau menggantikan YM Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (foto kanan) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada hari ini, 7 Januari 2011.


Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan YM Engku Tan Sri Ibrahim sepanjang memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun. Sejajar dengan itu juga, satu dokumentari khas mengenai YM Engku Tan Sri Ibrahim akan ditayangkan di TV1 pada hari Ahad, 9 Januari ini.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai