Sunday, January 2, 2011

DAKWA MEREKA YANG MENGHASUT TERHADAP RAJA

RAJAMENANGIS ingin melihat polis menyiasat apakah benar dakwaan oleh sebuah laman web yang mengatakan bahawa:

PETIKAN DARIPADA THE UNSPINNERS

Dakwa Shuhaimi bawah Akta Hasutan

Shuhaimi Bin Haji Shafiei, ADUN Sri Muda telah mengugut DYYM Sultan Selangor ekoran perlantikan Dato Khusrin oleh Tuanku. Kononnya memberi pandangan mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tetapi kesimpulannya sungguh biadap. Baca berikut:

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor"

Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010


SEKIRANYA didapati benar bahawa YB Shuhaimi B Hj Shafiei ada berkata sedemikian, maka ia amatlah di kesali kerana pasti Kebawah DYMM Sultan Selangor telah terguris hati dan duka diatas tomahan kasar sedemikian rupanya oleh seorang rakyat baginda jua. Ia juga boleh berbaur hasutan dan perlu disiasat segera oleh pihak berkuasa, selain daripada bersifat tidak beradab terhadap seorang Sultan.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai