Wednesday, January 19, 2011

Rang Undang-Undang Dipersembahkan

SHAH ALAM 19 Jan. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika mengadap baginda pagi ini. Beliau berkata, rang undang-undang itu adalah membabitkan pindaan Perkara 52 di bahagian kedua perlembagaan negeri bagi menggantikan Fasal (1).

Pindaan itu mengembalikan peruntukan asal sebelum 1993 antara lainnya menyebut Sultan Selangor melantik tiga jawatan tertinggi negeri termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaaan dengan suratcara ditandatangani baginda dan mohor kerajaan.

Peruntukan itu bagaimanapun meletakkan syarat baginda hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh merujuk sekali cadangan itu kepada suruhanjaya tersebut supaya boleh ia boleh dipertimbangkan semula.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. Laporan akhbar hari ini menyebut Sultan Selangor telah memberikan perkenan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan bagi membentangkan rang undang-undang pindaan itu pada 24 Januari ini. – Utusan
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai