Sunday, February 20, 2011

Kajian Evolusi Magis Melayu

Buku 'Shaman, Saiva and Sufi' ini adalah hasil kajian terperinci Sir Richard O. Winstedt (1878 - 1966) perihal bahasa dan kepercayaan Melayu semasa beliau tinggal di Semenanjung Tanah Melayu selama 22 tahun. Objektifnya adalah untuk menghuraikan betapa kompleksnya sistem magis berdasarkan data sejarah dan komparatif.

Dengan sendirinya, sistem ini merupakan ciri-ciri kepada kajian penyelidik di Eropah yang menjurus kepada terma ‘Melayu’, walau pun orang tempatan menganggap ciri ini sebagai berunsur India dan Islam.

Bab i-iv : mengisahkan evolusi Melayu daripada animisme kepada Islam
Bab v-vi : animisme
Bab vii-viii : shamanism (kebomohan)
Bab ix : upacara yang ada pengaruh magis Hindu
Bab x-xi : perkembangan Islam

Sir Richard (R O Winstedt) adalah seorang pakar sejarah Melayu, pejuang pendidikan dan pentadbir British di zaman colonial British Malaya dan Singapura. Beliau bertanggung jawab memelihara beberapa hasil sastera Melayu termasuk The Malay Annals dan menghasilkan buku perihal Melayu dan bahasa (A History of Malaya dan A Dictionary of Malay Language). Menurut Australian Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendikiawan British yang pertama membuat survei sistematik bahan-bahan dunia Melayu untuk kajian sejarah, dan membina asas ulung pendekatan secara saintifik penulisan sejarah Malaya.”
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai