Thursday, February 24, 2011

Siasatan ‘Sultan Sulu' ...

KOTA KINABALU 23 Feb. – Siasatan kes terhadap Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Mohd. Akjan Ali Muhammad yang diisytiharkan sebagai Sultan Sulu baru-baru ini, tidak melibatkan negara Filipina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes itu hanya melibatkan masalah dalaman negara ini sahaja dan langsung tidak berkait dengan negara lain termasuk Filipina.

Menurut beliau, kes ini amat serius kerana melibatkan soal keselamatan negara, maka siasatan perlu dijalankan secara teliti dan mendalam dengan melihat pelbagai sudut.

“Polis memandang serius kes ini kerana ia membabitkan individu yang mengaku dia sebagai Sultan Sulu. Berikan masa kepada kita untuk menyiasat, saya akui ia agak unik yang memerlukan siasatan mendalam daripada pelbagai sudut sebelum tindakan sewajarnya diambil,” katanya. BACA SELANJUTNYA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai