Wednesday, May 18, 2011

ALMARHUM SULTAN IDRIS I PERAK DAN KISAH BAGINDA

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI

SULTAN IDRIS MURSHIDUL'ADZAM SHAH

(MARHUM RAHMATULLAH)

SULTAN PERAK KEDUA PULUH LAPAN

(1887-1916)

Makam Almarhum terletak berhampiran dengan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar dalam sebuah bangunan Makam di-Raja. Sultan-sultan lain yang dimakamkan di Permakaman di-Raja Bukit Chandan ialah Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (Sultan Perak yang ke-29) dan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak Yang ke-30).

Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., G.C.V.O., ialah putera yang ketiga kepada Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) dan diputerakan di Kuala Keboi, Kampar (Perak) dalam tahun 1849.

Dalam tahun 1875, semasa Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Sultan Perak, Raja Idris berumur 26 tahun. Di masa perselisihan di antara Sultan Abdullah dengan Birch, Baginda menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Pada tahun yang sama, Raja Idris telah dilantik oleh Sultan Abdullah menjadi Hakim dan kemudian menjadi Hakim Besar pula.[baca seterusnya]


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai