![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3-DucuBjy-l2MLN30g3cn9RhxAfyYp3EarNwBCPYY8DuPR-cwqo1-EeO89l5XbRVmmrp9qDQu1gyPbDdlhTrFQdGImY35_KP4uFwS1DUccZ-9hxd1-gQctpWZ5sLvhBAEI3l240a-uV9x/s200/dn_02.1.jpg)
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Baginda kemudiannya melihat pameran pembangunan negeri sebelum mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir di bilik gerakan, yang antara lain menyentuh visi pembangunan negeri untuk mewujudkan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'. Tuanku Mizan juga dimaklumkan mengenai misi Kedah yang mahu menjadi destinasi pelaburan dan hub pengeluaran makanan di Malaysia, selain pencapaian ekonomi negeri.
Terdahulu, Azizan dalam ucapannya, berkata lawatan Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah memberi gambaran jelas mengenai hubungan erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep demokrasi berparlimen. "Sebanyak 10 acara rasmi telah disusun bagi menjayakan lawatan rasmi ini. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat menggambarkan perpaduan yang erat di kalangan rakyat di negeri ini," katanya. Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah tiba di sini kelmarin dan dijadual berangkat pulang petang ini. - BERNAMA