Sunday, May 29, 2011

Raikan Beza Pandangan Dalam Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Perselisihan di kalangan umatku adalah satu rahmat". Tapi hakikatnya perselisihan pandangan sering menjadi punca perbalahan dan perpecahan. Malah perkara yang kecil (masalah cabang atau furu’iyah) pun boleh menjadi besar dan polemik tak berkesudahan. Ada pihak suka perbesarkan hal-hal kecil yang bersifat ijtihadiyah dan melupakan soal pokok (usyul).

Mereka terperangkap dalam soal terminologi dan istilah sehingga mempersulitkan kaedah-kaedah dalam menentukan hukum. Kerana taasub, mereka berpegang kepada satu pandangan sahaja, tidak boleh menerima pandangan lain. Mereka menyempitkan sesuatu yang luas, justeru memberi gambaran bahawa hanya ada satu pendapat saja yang betul. Jika berdebat, pendekatan mereka keras dan emosional.

Misalnya, kaki wanita aurat atau tidak. Saya sering diaju soalan ini, justeru memberi gambaran masyarakat umum masih kurang jelas mengenai banyak hal kecil sehingga timbul polemik, termasuk dalam blog dan Facebook. Masalah timbul apabila ada pihak yang tidak memahami atau menerima hakikat bahawa di dalam Islam, ada juga pandangan lain. BACA SELANJUTNYA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai