Subjek sastera membina insan
|
KOMSAS menyumbang pembinaan penghayatan yang tinggi terhadap Islam. |
Kesusasteraan Melayu telah menjadi komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu di semua sekolah menengah (aliran sastera, sains, teknik, agama dan vokasional) di negara ini. Para pelajar diwajibkan membaca dan mendalami buku- buku sastera Melayu tersebut. Sehubungan itu, penggunaan bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kini dilaksanakan melalui KOMSAS. Teks Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu terdiri daripada puisi, cerpen, drama dan novel.
Pembelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam Bahasa Melayu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 (Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat) dan telah dinilai mulai tahun 2001, peringkat SPM dan tahun 2002, peringkat PMR. Pendekatan pengajaran- pembelajaran subjek ini lebih bersifat menyeluruh iaitu ke arah pembinaan pemikiran akal budi, yang banyak terpancar menerusi genre-genre tersebut. (Baca seterusnya)
Oleh DR AMINUDIN MANSOR
(c) Hakcipta Utusan Malaysia