Tuesday, June 7, 2011

BAHASA TERLARANG

Penularan penggunaan melampau jejas penulisan rasmi

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan lebih 300 bahasa singkatan khidmat pesanan ringkas (SMS) umum dan khas standard yang boleh menjadi panduan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, DBP tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menulis perkataan SMS melampau dan merosakkan pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu kerana tiada kuasa khas diperuntukkan untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata DBP tidak boleh memaksa orang ramai mematuhi panduan singkatan SMS bahasa Melayu yang diterbitnya, tetapi boleh menasihatkan mereka melayari laman web agensi itu untuk mengetahui garis panduan berkenaan.

Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.

Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).

Sumber : bharian.com.my
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai