Tuesday, June 21, 2011

Buku sejarah pembinaan Tambak Johor akan dilancar


Buku sejarah pembinaan Tambak Johor akan dilancar - Rais

Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Singapura telah menyiapkan sebuah buku yang menyingkap sejarah pembinaan Tambak Johor yang akan dilancarkan tidak lama lagi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berharap buku tersebut dapat dilancarkan oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee Hsien Loong.

"Buku ini mengisi tuntutan sejarah dan hubungan sosioekonomi di dalam negeri-negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang dengan Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu,” katanya kepada Bernama dan RTM di sini.

Rais berkata, buku tersebut menyingkap peristiwa bersejarah bagaimana pemerintahan Inggeris membina Tambak Johor sepanjang lebih satu kilometer dengan menggunakan pekerja Melayu, Cina dan India.

"Ia juga akan menyingkap asal usul dan kenapa Tambak Johor dibina. Ia bukan sahaja berkisar pada fakta sejarah di sebalik pembinaannya, tetapi ia juga merupakan satu tuntutan persahabatan serantau,” katanya. - Bernama

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai