Saturday, June 11, 2011

Titah Raja Muda Perlis di Youtube

PERTUBUHAN Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) akan memuatkan rakaman titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengenai kelebihan negara matahari terbit itu sebagai destinasi pelancongan unik di Asia, ke laman web Youtube.

Langkah itu diambil JNTO sebagai langkah membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Jepun selamat dikunjungi walaupun menerima kesan akibat bencana tsunami, baru-baru ini.

Pembantu Khas Pengarah Bahagian Pelancongan Antarabangsa Daerah Kinki, Junichi Shibatani, berkata rakaman titah Raja Muda Perlis dijangka membawa impak besar kepada industri pelancongan Jepun, sekali gus mengembalikan kepercayaan pelancong terutama dari Malaysia untuk terus memilih negara matahari terbit itu sebagai destinasi pilihan.

“JNTO akan memuatkan rakaman titah itu yang dirakam pada majlis di Kyoto Royal Hotel & Spa, di sini ke laman web rasmi JNTO dengan mengguna pakai Youtube sebagai medium perantara,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. BACA SELANJUTNYA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai