Friday, July 1, 2011

FADHILAT SYAABAN

Sabtu 2 Julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432. Marilah sama-sama kita hayati kelebihan bulan Syaaban:

1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuknya bulan Syaaban, perbaikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas antara kamu.


2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah Taala tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf A.S. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud A.S. Jika dia dapat sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah SWT atasnya sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. (Al-hadis)


3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-hadis) dari kitab Al-Barokah. SILA LIHAT.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai