Friday, July 15, 2011

Permaisuri Agong dianugerah BrandLaureate Royal Quintessential

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dianugerahi Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) pada satu majlis di Istana Terengganu di sini, hari ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden The BrandLaureate, Dr KK Johan. Turut hadir ialah CEO The BrandLaureate, Chew Bee Peng dan ahli lembaga APBF. Membacakan kata-kata penghargaan bagi anugerah itu, Chew berkata, Tuanku Zahirah adalah contoh bagi semua rakyat Malaysia dan dunia amnya.

"Keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat Malaysia diiktiraf banyak pihak dan amat dihargai dan Tuanku sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

"Menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang diusahakan Tuanku seperti Yayasan Tuanku Nur Zahirah, membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pengukir tempatan di Terengganu dan pada masa yang sama membantu memperomosikan dan memulihara kraf dan warisan asli," katanya. Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential 2011 disediakan oleh Asia Pacific Brands Foundation untuk mengiktiraf personaliti unggul yang pencapaian mereka mempamerkan ciri-ciri kejayaan mereka. - BERNAMA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai