Tuesday, August 9, 2011

Tanah runtuh: Kenyataan KDYTM Tengku Abdullah

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan negeri Pahang diminta mengkaji mengenai penempatan semula perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini yang mengalami tanah runtuh semalam.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah perkara itu sememangnya perlu dikaji kerana sudah lama penduduk terbabit tinggal di kawasan itu.

"Saya harap dalam jangka panjang, kerajaan negeri dapat mengkaji penempatan semula khususnya di Kampung Sungai Ruil ini, sudah lama mereka berada di kawasan itu," titah baginda ketika melawat pusat pemindahan mangsa tanah runtuh perkampungan Sungai Ruil di sini di pusat Pemindahan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Brinchang di sini. Baginda juga bertitah supaya enam rumah Orang Asli yang musnah dalam kejadian itu, dibina semula bagi membantu mereka meneruskan kehidupan. LAGI
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai