Monday, September 12, 2011

Seni Rekaan Selendang Dunia Islam

MUZIUM Kesenian Islam Malaysia (MKIM) mempunyai pelbagai koleksi selendang dari beberapa negara Islam seperti dunia Melayu, India, Iran dan Asia Tengah. Selendang mempunyai pelbagai saiz dan kegunaan mengikut adat resam dan cara hidup masyarakat Islam di sesuatu kawasan.

Di Malaysia selendang sering dikaitkan sebagai salah satu daripada pakaian wanita sama ada sebagai tudung ataupun dijadikan hiasan di bahu ketika memakai pakaian tradisional seperti baju kurung atau kebaya.

Kain selendang yang digunakan sebagai tudung dan hiasan di bahu oleh wanita Melayu selalunya nipis dan mempunyai hiasan yag terdiri daripada sulaman kelingkan atau sulaman biasa dan kadangkala ia diperbuat daripada kain songket.

Selendang daripada kain songket terutamanya bagi wanita Melayu Minangkabau, digunakan sebagai hiasan kepala dan juga kain penutup dada. Kain hiasan kepala wanita minangkabau dilipat sehingga mempunyai bentuk seperti tanduk. BACA LAGI
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai