Rajamenangis mengumpul koleksi video mistik untuk kajian dan teladan agar kita waspada daripada segala sesuatu yang khurafat dan mensyirikkan Allah swt.
http://www.rajamenangis.com/p/video-tentang-mistik.html
Monday, March 12, 2012
Tuesday, October 25, 2011
Monday, October 24, 2011
Hari Keputeraan DYMM Sultan Pahang
24.10.2011, Isnin
KUMPULAN RAJAMENANGIS Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan ke-81.
KUMPULAN RAJAMENANGIS Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan ke-81.
Semuga ALLAH SWT Mengurniakan Rahmat-NYA Keatas Tuanku Sultan Pahang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.
Semuga DiPanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki dan Dapat Memerintah Negeri Pahang dan Jajahan Taklukannya dengan Adil dan Saksama. AMIN.
Daulat Tuanku.
Labels:
keputeraan
Mengapa Keris Amat Penting Bagi Setiap Individu Melayu?
Mengapa Keris Amat Penting Bagi Setiap Individu Melayu?
Keris sebenarnya bukan sekadar senjata, Tetapi ia juga sebagai untuk menyempurnakan kehidupan sebagai seorang melayu dalam kehidupan harian.Contohnya jika seseorang lelaki keluar berjalan tampa diselitkan keris dgn pakaiannya, ia diibaratkan berbogel di kalayak ramai.Manakala seorang pengantin lelaki bersanding tanpa keris diselitkan pakaiannya, pengantin lelaki itu hilang pengitirafan kelakiannya dan dianggap masih belum layak pegang tanggungjawab atau belum matang. (keris pengantin jangan sesekali digantikan dengan pedang, tekpi dan senjata lain walaupon dizaman modern)
Pengkaji barat Edward Frey sendiri mengaku bahawa
keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu (BeritaHarian, 4 Mei 1988)
keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu (BeritaHarian, 4 Mei 1988)
Setiap reka bentuk keris juga melambangkan asal usul dari mana, Kegunaan, Darjat dan Keturunan apa seperti Jawa, Bugis, Bali atau gabungan selepas penghijrahan dari suatu tempat ke suatu tempat.Sebab itu keris banyak menyimpan sejarah yang tersirat hingga sekarang.Sebab itu keris tidak boleh dipisahkan dari seorang yang berbangsa Melayu. Melayu telah lebih lama wujud dari wujudnya kerajaan Malaysia, Indonesia,Brunei, Singapore dan beberapa negara lain, dan dimasa itu juga satu parti kerajaan pon masih belum wujud..
Dalam Kehidupan harian, untuk menjadi melayu yang sempurna, Setiap org yang berbangsa melayu harus memakai keris .Sebab itu, walau pon dizaman menggunakan senapang, meriam, pedang, Keris Masih tetap diselitkan walau ia tidak digunakan. (kesimpulannya walau pakai senjata api atau modern, keris wajib dipakai oleh melayu walau tidak digunakan) Setiap individu lelaki akan memakai sebilah keris. Manakala kaum Hawa juga membawa satu keris yang agak pendek dari lelaki. Para Pahlawan mungkin akan pakai lebih dari satu seperti satu sundang dan satu pendek atau biasa.
Keris juga merupakan senjata pilihan untuk jatuh hukuman bunuh di Malaysia (Keris Jenis ini mempunyai bilah yang panjang, terus dan tipis). Yang dijatuhkan hukuman akan berlutut dihadapan penghukum,Pihak Penghukum akan meletakkan kapas atau bahan sepertinya di antara bahagian kiri tubuh(diantara bahu dan leher) Kemudian keris akan ditusuk dari bahu ke jantung.Proses Kematian akan berakhir dalam beberapa saat sahaja. Kapas atau kain akan ditekan menutupi kekawasan tikaman sebelum keris dicabut. Tujuan kapas atau kain tadi untuk mengelakkan dari keluar terkena tanah.(saya akan jelaskan kemudian mengapa tidak boleh darah tumpah terkena tanah kalau ada org tanya)
Keris tidak boleh dihalakan atau ditujukan tajamnya kepada musuh kerana ia bermaksud musuh kamu akan mati dan saya akan bertempur sehingga nafas terakhir terutama musuh bangsa dan agama.Ia juga melambangkan Dendam melayu. Jika selepas dihalakan dan kemudian kamu meminta maaf terhadap musuh ia bererti satu penghinaan terhadap melayu dan diri sendiri. Pantang melayu mati sebelum ajal dan melayu bukan pengecut dengan senang lenang hendak meminta maaf atau mengaku kalah pada musuh. Dalam persilatan pula sekiranya menggunakan keris, apabila habis persembahan keris akan di baling ke tanah hingga terpacak ketanah untuk melambangkan semua dendam habis disini.
Ehsan (c) Keriswarisan 2011
Sunday, October 23, 2011
Membaca Buku Ilmu Hitam
SOALAN: Saya pernah mendengar adanya Kitab Tajul Muluk yang dikatakan mengandungi tilikan dan tafsiran mengenai tubuh badan manusia. Sejauh mana kebenaran kitab itu. Bolehkah ia dibeli dan dibaca. Adakah Islam menerima pakai tafsiran yang tidak bersumberkan al-Quran dan Hadis. Bagaimana pula dengan buku-buku lain yang banyak dijual dan dikatakan sama sahaja isi kandungannya dengan kitab Tajul Muluk. Saya khuatir, kitab-kitab ini boleh merosakkan akidah dan menyesatkan pembaca, tetapi mengapa ia tidak diharamkan. Harap ustaz dapat memberi maklumat ringkas tentang kitab itu.
- Umar Najib al-Mukhtar. SELANJUTNYA
Labels:
agama
Himpunan Doa oleh Syaikh Ismail
Putrajaya – Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku ‘Koleksi Doa Imam Besar Masjid Negara’ di Auditorium JAKIM, Aras 5, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya pada 17 Oktober 2011M bersamaan 19 Zulkaedah 1432H bermula jam 8.30 pagi. Buku Koleksi Doa tersebut merupakan hasil karya Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad di mana doa-doa tersebut kebanyakkannya dihasilkan ketika beliau menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan, swasta dan persendirian. BACA LAGI
Labels:
agama
Wednesday, October 19, 2011
Pelancaran 'AIR MATA RAJA' di Melaka Bandaraya Bersejarah
Pada hari Isnin 17 Oktober 2011 yang lalu, telah berlangsung 'Seminar Melaka Merentas Zaman' dan Pelancaran Buku AIR MATA RAJA di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Ia dianjurkan oleh Institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain. Kelihatan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Tetamu Kehormat yang lain.
Upacara menggunting riben diikuti oleh menandatangani plak poster buku AIR MATA RAJA oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, disaksikan oleh Shali dan Zai, penulis-penulisnya. Terima kasih dari kami atas kesudian YAB melancarkan buku tersebut.
Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Tn Hj Khalik Sulaiman menyerahkan buku AIR MATA RAJA kepada YAB Ketua Menteri Melaka. Buku setebal hampir 1000 halaman ini adalah karya epik-sejarah yang telah mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Mengabadikan kenangan sempena berakhirnya majlis Pelancaran Buku tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengurus Besar IKSEP, Datuk Aziz Ujang (kanan sekali) serta warga IKSEP dan DBP yang bersama-sama menjayakannya.
Tuesday, October 18, 2011
SEJUTA MELAYU AKAN BERHIMPUN 22 OKT INI
Himpunan Sejuta Umat satukan orang Islam hadapi gerakan Kristianisasi
PERHIMPUNAN DI LULUSKAN POLIS
BANGI, 2 Oktober – Satu perhimpunan yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan diadakan pada 22 Oktober depan sebagai suatu inisiatif gabungan NGO-NGO Islam bertujuan untuk menyatukan umat dalam menghadapi ancaman terhadap kedaulatan agama Islam terutamanya gerakan Kristianisasi.
Menurut Timbalan Presiden ISMA, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya yang juga merupakan Setiausaha Sekretariat HIMPUN, peristiwa 3 Ogos 2011 yang membabitkan pemeriksaan JAIS ke atas premis Dream Centre yang dimiliki Damansara Utama Methodist Church membuka mata banyak pihak tentang kegiatan Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam.
“Peristiwa tersebut adalah rentetan kepada pelbagai peristiwa sebelumnya seperti kes Lina Joy, Nor Aishah Bukhari, isu Al-Kitab, isu penggunaan kalimah Allah dan pelbagai lagi dapatan yang menggusarkan kita.”
Justeru itu, kata beliau, HIMPUN diadakan bagi menzahirkan kekuatan akidah dan kesatuan umat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa seandainya isu ini tidak ditangani segera.
“Perhimpunan itu juga akan menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya bagi mengelakkan isu akidah ini berterusan menjadi modal politik, kerana kita melihat parti-parti politik cuba mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka.”
Himpunan Sejuta Umat ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bermula daripada jam 2 petang hingga 6 petang.
Sehubungan dengan itu, Tuan Hj. Aminuddin mewakili Sekretariat HIMPUN menjemput orang ramai terutamanya di kalangan umat Islam untuk bersama-sama hadir ke perhimpunan ini.
Perhimpunan ini, menurut beliau, turut mendapat sokongan daripada Mufti-Mufti seluruh negara dan pelbagai NGO Islam termasuk Teras Pengupayaan Melayu Malaysia (TERAS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).
Friday, October 14, 2011
SEMINAR MELAKA MERENTAS ZAMAN & PELANCARAN BUKU 'AIR MATA RAJA'
Tempat : Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Masa : 8 pagi (pendaftaran); seminar berakhir : 5 ptg.
Tarikh : Isnin, 17 Oktober 2011.
Akan dirasmikan oleh : YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Anjuran bersama Institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia dgn kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Masuk adalah percuma. Semua dijemput hadir. Ada Jualan oleh Kedai Buku Koperasi DBP (dengan diskaun menarik).
KUMPULAN RAJAMENANGIS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga DBP yang telah membuat persiapan.
DYMM SULTAN SELANGOR: WUJUD USAHA PESONGKAN AQIDAH MELAYU ISLAM
Titah Sultan Selangor -Isu Gereja dan serbuan JAIS
Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.
Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.
Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.
Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.
Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni. Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.
Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan. Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.
Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
Sultan Selangor Darul Ehsan
Sultan Selangor Darul Ehsan
12hb Dzulkaedah 1432Hijrah
10hb Oktober 2011
Thursday, October 13, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Dr. Aziz Bari, Malaysiakini Dibidas
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membidas tindakan pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.
Yang Dipertuannya, Azwandin Hamzah berkata, kenyataan itu menunjukkan Abdul Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan sebagai ketua agama Islam.
Katanya, sultan bukan sahaja menegur tetapi mahu bertindak adil kepada kedua-dua pihak supaya tidak timbul ketegangan.''Saya rasa pandangan itu tidak ikhlas, silap dan mempunyai agenda peribadi untuk kepentingan beliau sendiri. Saya juga tidak menolak kemungkinan ia adalah agenda pihak tertentu yang ingin menggunakan beliau,'' katanya dihubungi, di sini, hari ini.
Monday, October 10, 2011
Seminar Hulu Langat 2011
Untuk sesiapa yang tinggal di sekitar Kajang, Persatuan Sejarah Msia Cawangan Selangor (PSMCS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang akan mengadakan :
* Seminar Hulu Langat (pembentangan kertas kerja)
* Pertandingan mewarna (untuk kanak-kanak)
* Pameran
* Pertandingan membaca puisi
* Kempen tambah ahli PSMCS dsbnya.
* Jualan buku / kek / cookies dll
* Seminar Hulu Langat (pembentangan kertas kerja)
* Pertandingan mewarna (untuk kanak-kanak)
* Pameran
* Pertandingan membaca puisi
* Kempen tambah ahli PSMCS dsbnya.
* Jualan buku / kek / cookies dll
Tempat : Dewan MPKj Bukit Mewah, Kajang, Selangor
Masa : 08.00 pagi - 2.00 ptg
Tarikh : Sabtu, 15 Okt 2011
Jemput hadir bagi memeriahkan suasana.
MELAKA MAJU JAYA
Melaka Negeri Melaka
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat jelata sudah bersatu padu
Berikrar ta'at setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya
22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Rumah
1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.
2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3-Rumah yang memelihara anjing.
4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5-Rumah yang memperdengarkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6- Rumah yang penghuninya sering meninggikan suara.
7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelumang dengan maksiat.
11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu dan bapa.
13- Rumah pemakan riba (interest).
14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15- Rumah yang memiliki patung-patung.
16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17- Rumah yang didiami peminum arak.
18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
Sunday, October 9, 2011
Putus silaturahim laluan ke neraka
USTAZ, sebelum ini saya ada bertengkar dengan adik saya dan isterinya disebabkan perkara yang saya rasa tidak perlu disebutkan di sini. Saya cuba untuk berbaik semula dengan mereka berdua, tapi mereka merajuk dan bermasam muka dengan saya. Saya cuba pergi rumah mereka pada Aidilfitri tetapi mereka enggan buka pintu. Apa komen ustaz
ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang melarang memutuskan hubungan silaturahim (ada yang menyebut silaturahmi). Antaranya adalah hadis Imam al-Bukhari daripada Jubair bin Muthim yang menyatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.
Kandungan hadis ini dibincangkan oleh pakar-pakar hadis dan mereka berkata bahawa yang tidak masuk syurga itu hanyalah orang yang mendustakan atau tidak percaya ajaran Nabi. Atas dasar itu, mereka memahami kalimah tidak masuk syurga di sini ertinya tidak masuk syurga dalam rombongan yang awal kerana orang yang memutuskan hubungan silaturahim akan diseksa ke dalam neraka terlebih dulu. Ada juga yang memahami hadis itu adalah ancaman agar setiap orang sentiasa menjalinkan hubungan harmoni dengan sesama manusia. BACA SELANJUTNYA
Cemerlang dengan Berpaksikan Agama
BERAGAMA adalah fitrah manusia. Islam sebagai sebuah agama atau al-din kerap dirujuk sebagai way of life atau cara hidup yang syumul lagi lengkap. Ia turut dirujuk sebagai akhlak terpuji. Ini memberi implikasi yang sangat besar dalam kehidupan seharian manusia. Ketika bermuamalah, elemen akhlak menjadi satu keutamaan.
Justeru sistem akhlak yang dipandu oleh agama adalah keperluan asasi bagi setiap insan yang bernama manusia.Agama mengajar segala pokok kebaikan, malah ia juga merupakan asas bagi membina masyarakat dan negara. Agama tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan sosial manusia.
Islam sebagai agama samawi bertujuan melahirkan masyarakat yang sempurna dalam segala aspek kehidupan manusia. Islam juga mempertahan nilai-nilai terpuji, pendinding daripada perbuatan keji, membebaskan diri daripada krisis sosial, moral dan kegelisahan jiwa. SILA BACA
Thursday, October 6, 2011
KEMANGKATAN DYMM Raja Perempuan Mazwin binti Raja Ariff Shah dari Perak.
ALFATIHAH
KUMPULAN RAJAMENANGIS DIMAKLUMKAN BERITA SEDIH KEMANGKATAN DYMM Raja Perempuan Mazwin binti Raja Ariff Shah dari Istana Perak.
Kami dimaklumkan DYMM AlMarhumah meninggalkan, antara lain :-
(1) YAM Raja Puan Mahkota Raja Dato' Sri Nazatul Shima binti Almarhum DYMM Sultan Idris
(2) YTM Raja Dato Sri Iskandar Zulkarnain ibni AlMarhum Sultan Idris Perak - Raja Kecil Besar Perak (berkahwin dengan puteri kepada DYMM Tuanku Sultan Kedah)
(3) DYMM Sultanah Johor Raja Zarith Sofia binti AlMarhum DYMM Sultan Idris dan
(4) YAM Raja Dato Sri Jamil Ariffin (berkahwin dengan puteri kepada DYMM Raja Perlis)
Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh baginda dan memasukkan almarhumah ke dalam golongan orang-orang yang solehah.
Monday, October 3, 2011
MCA SEEKS NEW DEAL
KUALA LUMPUR: A “New Deal” based on fairness and bravery is needed to give the people confidence and hope that their future is in Malaysia, said Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.The MCA president said the New Deal must embrace everyone as well as erase policies and laws which are unjustified and considered stumbling blocks.
“The time to act is now. The New Deal should give every Malaysian, their children and grandchildren confidence and hope that their future is in Malaysia,” Dr Chua said at the opening of the MCA's 58th annual general assembly at Wisma MCA here yesterday.
READ MORE
Sunday, October 2, 2011
Usaha ITNM Martabatkan Bahasa Melayu
SIAPAKAH yang bertanggungjawab menterjemah dan menerbitkan 130 judul buku sains dan matematik demi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris? Jawapannya: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).Siapakah yang menterjemah karya Presiden Obama berjudul The Audacity of Hope (Keberanian Menggapai Harapan) dan The End of History And The Last Man (Penamat Sejarah Dan Manusia Terakhir) oleh Francis Fukuyama? Jawapannya: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Ia juga telah menerbitkan buku mengenai pelbagai perjanjian dan dokumen lama Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu hingga Pemasyhuran Malaysia dan Pemisahan Singapura (1791-1965).
Lalu dari Perjanjian Pulau Pangkor 1874 dicatat ayat pertama berbunyi: “Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh ketiadaan pemerintah yang tetap di negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk melindungi rakyat dan untuk menjamin hasil usaha mereka. BACA LAGI
Subscribe to:
Posts (Atom)












