Laporan Istana Negara mengatakan DYMM YDP Agung akan berlepas ke Germany untuk menjalani satu rawatan susulan intensif fisioterapi selepas pembedahan di lutut baginda pada 30 Nov 2008 yang lepas.
Tuanku Sultan Mizan akan berada di Hospital Medical Park St Hubertus dibawah seliaan para pakar disana selama 21 hari. Samada ia berkait atau tidak, Rajamenangis memohon pihak Istana dan Kerajaan Malaysia yang membenarkan DYMM YDP Agung Negara Malaysia memasuki Kejohanan berbahaya Kuda Lasak dipertimbangkan semula memandangkan sukan tersebut adalah sangat mancabar, berbahaya dan boleh menggugat keselamatan peribadi Seri Paduka YDP Agung secara langsung.
Sekiranya pihak Istana Negara dan Kerajaan sekian lama memberikan khidmat kawalan keselamatan peribadi oleh polis dan militeri elit yang cukup hebat kemana jua baginda pergi, maka agak tidak logik jika keselamatan peribadi baginda seolah -olah tidak relevan dalam hal sukan lumba lasak yang boleh membawa kemalangan yang ngeri kepada YDP Agung Malaysia.