Sunday, January 17, 2010

SOROTON BUKU TUNKU

Sesungguhnya, laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyatakan, “bahawa sebagai hasil daripada perjanjian-perjanjian yang asal dengan Negeri-Negeri Melayu yang ditegaskan dari masa ke masa, maka kedudukan istimewa. orang Melayu itu sentiasa diperakui, dan perakuan ini telah dinyatakan sekali lagi -dalam Perjanjian. Persekutuan Tanah Melayu 1948.”

Janganlah kita mengetepikan hakikat bahawa sebelum kita menjadi sebuah negara yang merdeka. kita cuma sebuah tanah jajahan Inggeris yang dipecah-pecahkan. Kiranya semua kaum tidak bersatu untuk kemerdekaan, negara kita tentulah masih lagi menjadi Tanah Jajahan British sehingga hari ini.

Setelah perjuangan kemerdekaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan disokong oleh kaum-kaum lain dilancarkan, maka timbullah semangat hendak menghalau dan menamatkan penjajahan di negara ini, dan dengan kemerdekaan itu dapatlah kita mengambil tempat kita yang hak sebagai sebuah negara yang berdaulat. Kita mestilah menyedari bahawa perubahan yang seperti inilah juga yang telah membawa negara-negara lain di Afrika menjadi bangsa yang merdeka dan berdaulat.


Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua. Jika “pelampau” Melayu mahu menunggangbalikkan Perlembagaan, maka mereka akan membuta tuli terjerumus ke jurang kemunduran dan terperangkap dalam keadaan kacau-bilau.

Petikan buku '13 Mei - Sebelum dan Selepas' oleh Tunku Abdul Rahman (terbitan 1969)
Sumber: sahabatmantap2.wordpress.com

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai