Sunday, February 21, 2010

Perkahwinan kedua DYMM Sultan Kelantan benar



[ISTERI kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad ditemu bual wartawan selepas mengemukakan permohonan menyampaikan perintah kepada pihak yang menghalang bertemu suaminya, Tuanku Ismail Petra di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu]


Jabatan Agama sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan


JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini. Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JAHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi wartawan akhbar berkenaan di Kota Bharu lewat petang semalam.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya. Kelmarin, akhbar The Malay Mail melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth (HME), Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Akhbar tersebut melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan. Kelmarin, Elia Suhana menghantar kenyataan akhbar kepada semua media utama setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatanganinya untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.

Foto diatas - UTUSAN MALAYSIA

Terbaru:
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan pada 4 Februari lalu, yang membenarkan Elia Suhana Ahmad, 31, melawat dan bersama Sultan Kelantan di hospital berkenaan bermula jam 7 pagi Sabtu hingga jam 7 pagi Isnin setiap minggu secara eksklusif tanpa gangguan pihak lain.Isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, mendapat perintah mahkamah membenarkan beliau melawat Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, di sini. Perintah tegahan turut dikeluarkan terhadap Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid atau wakil baginda daripada mengganggu proses berkenaan dan waktu melawat ditentukan menerusi hak giliran.
(Sumber: MyMetro)
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai